Setetes Dari Lautan Akhlak Rasululloh

Setetes Dari Lautan Akhlak Rasulullah صل الله عليه وسلم

 

Pada satu waktu , dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah صل الله عليه وسلم melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan.
.
Lalu baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana Uang yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah صل الله عليه وسلم terus mengganti duit yang hilang itu dengan Uang baginda sendiri. .
.
Lalu baginda Hendak Balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis.
“Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah صل الله عليه وسلم
“Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dari pasar,” jawab budak itu.
.
Untuk memastikan budak itu agar tidak dimarahi, Rasulullah صل الله عليه وسلم sendiri menemaninya pulang. .
.
Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah صل الله عليه وسلم terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah صل الله عليه وسلم itu dijawab.
.
Rasulullah صل الله عليه وسلم bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?”
Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah berkali – kali …”

Rasulullah صل الله عليه وسلم terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah صل الله عليه وسلم menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ”
.
Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakan budak ini.” Itulah Sebuah Teladan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah صل الله عليه وسلم
_
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad Wa Aalihi Wa Shohbihi Wasallim.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *